Wednesday, April 15, 2009

iNForMasI tenTanG BuRunG ceNdeRawAsIh..

Bosan betul tak dapat tido awal... Biasanya tido lambat gak tapi takdela lambat camnie.... Dok baek jek usha tentang info ikan laga(for my information ttg nak bela ikan laga).... terbaca satu artikel tentang burung cenderawasih nie.... Ada orang cakap burung nie dari langit, makanan nyer embun2, burung nie wangi apabila dh mati, bangkai burung nie xreputla, membawa tuah kepada sesiapa yang memiliki bulu burung nie dan byk lagila pendapat2 yang lain.... ak pun xtao mne satu yang betul.... tpi yang pentingnya burung 2 makhluk ciptaan ALLAH SWT yang mana disuruh untuk menyembah kepada-NYA yang satu.... kita sndr pn tao setiap makhluk ciptaan tuhan tu cantik dan sempurna.... tapi kita yang mempunyai akal fikiran yang mne makhluk ciptaan ALLAH yang sempurna pun masih percaya kepada perkara2 tahyul yang boleh memesongkan akidah kita sedangkan kalau masa yang kita ada nie kita gnekan utk beribadah kepada-NYA.... tahla ini cuma pndpt akla.... sendiri pikir sendiri ambil ikhtibar supaya sendiri tidak alpa.... kat sini ak masukkan artikel dari sumber2 yang ak bace....

KISAH DONGENG BURUNG CENDERAWASIH

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dan bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Romdan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya. Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya, Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.

HIKAYAT BURUNG CENDERAWASIH

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiadataranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya.Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilahterpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini keranaburung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawaburung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja.Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayumempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemuimengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama,sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlahhayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranyamenjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burungcenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Inikerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya.Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan.Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalamkeadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yangmati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telahmenjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenaiBURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yangdijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantaradengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China.Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal denganpanggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui ataudidapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal darialam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burungcenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang),Indonesia saja.Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekorsaja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yangmenjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasihyang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atausebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burungini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasihmempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perutsehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannyadigunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untukpelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burungcenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris.Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelarismenyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang palingbesar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung.Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.

KERATAN AKHBAR TERHADAP KEPERCAYAAN TAHYUL BURUNG CENDERAWASIH

KUALA LUMPUR: Hanya kerana taksub terhadap kepercayaan tahyul burungcenderawasih mampu menarik kekayaan serta membawa ‘tuah’, ada golongankenamaan dan kerabat diraja sanggup menawarkan RM1 juta bagi mendapatseekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.
Malah lebih pelik apabila helaian bulu burung itu yang direndamdalam minyak masak sebelum dibotolkan turut boleh dijual menjangkauharga RM5,000 sebotol.

Keghairahan luar biasa ini menyebabkan ada peniaga ubat-ubatantradisional sanggup menipu dengan meletakkan bulu ayam atau burungspesies lain sebelum dijual kepada orang ramai yang taksub terhadap‘keramat’ burung berkenaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan), Celescoriano Razond, berkata kegilaan terhadap perkaramistik yang terdapat pada burung cenderawasih itu menyebabkan pemburuharam di negara jiran berlumba-lumba menyeludup masuk bangkai burungspesis ini ke Malaysia kerana menyedari terdapat permintaan tinggi dinegara ini.

Anehnya penduduk dan rakyat di Indonesia sendiri tidak mengendahkankewujudan burung berkenaan yang diyakini ramai penduduk negara iniberkesan sebagai ‘pelaris’ diri dan perniagaan selain turut diyakiniboleh menjadi minyak pengasih.
Menurutnya, hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatantradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakinbahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwamengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.

“Akibatnya setiap inci badan burung ini termasuk isi perut danbulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untukperubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggappelaris paling besar.
“Bagaimanapun, menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalahsatu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta PerlindunganHidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimumRM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabitkesalahan,” katanya.

Menurutnya, terbaru, pegawai Perhilitan sebelum ini pernah memberkasdua lelaki Indonesia berusia 30-an yang didapati menyeludup masuk lebihlima ekor burung cenderawasih ke negara ini.
“Mereka tidak sekadar cuba menjual burung cenderawasih yang awet itumalah turut menawarkan minyak berisi bulu burung cenderawasih yangdidakwa boleh dijadikan minyak pengasih. Ini terbukti apabila kamimenemui kotak kayu berisi berpuluh botol kecil yang didakwa minyaksakti burung cenderawasih

“Pegawai Perhilitan turut merampas satu kitab mengenai hikmat dankeajaiban doa burung cenderawasih dan pelbagai buku lain yangmenceritakan kehebatan burung cenderawasih ini,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kitab yang ditemui itu, bulu burungcenderawasih didakwa boleh bertukar menjadi batu permata sekiranyajatuh ke bumi.

“Manakala isi perutnya dicampur dengan minyak kepala hijau dijadikanubat pelbagai penyakit. Ia turut boleh digunakan untuk mengeratkanhubungan suami isteri dalam memperoleh kebahagiaan rumah tangga.
“Bulu burung ini pula jika dipakai di kepala atau dijadikan tangkalboleh dijadikan ubat pengasih, pelaris atau penunduk,” katanya.

Namun katanya, apa yang menyebabkan burung cenderawasih digilaigolongan kenamaan adalah kerana kepercayaan ia boleh mendatangkan tuah‘segunung emas’ selain memberi kekuasaan jika disimpan di rumah.
Bagaimanapun menurutnya, kepercayaan itu tidak berasas dan faktadisampaikan nyata tidak benar kerana cenderawasih sememangnya wujudsebagai spesies burung biasa di bumi dan bukannya berasal dari syurgaseperti diwar-warkan.
Difahamkan terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakandaripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakanburung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemuidi Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.

Malah menurutnya, Taman Burung Kuala Lumpur sendiri memiliki tigacenderawasih berjenis Paradisea Apoda yang masih hidup untuk dipamerkanuntuk tontonan pengunjung, sejak lima tahun lalu.
“Yang pasti burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkandia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsukononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.

“Cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkincenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reputkerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang menjual atau menyimpan burungcenderawasih terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang keranamemiliki burung liar yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar.

1 comment:

ehemehem said...

Dekat setahun dah ko tulis, tapi harapnye komen aku ni laku lagi.
Aku ada jugak baca buku ala2 mastika orang dapat burung cenderawasih warna coklat+kuning tu. Mula2 baca teruja la sebab katanya ada dicatat dalam tajul muluk. Tapi ada satu hari tu aku tengok berita, tunjuk taman burung, bertenggek je burung ni dalam sangkar, idup lagi. Cis, aku telah ditipu oleh buku tersebut.