Monday, March 23, 2009

Apa yAng kiTa PerLu TahU tEntaNg jUtawaN MeLayU SyeD MokHtaR al-BukHarY...

Sedikit catatan utk kita kongsi bersama sebagai panduan dan motivasi
diri.



Latar belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya
mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang
Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi
masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu
senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan
singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak
mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) erana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan
lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke
Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi
kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana,
hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di
atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri
rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila
masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang
tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada
pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang
Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain
berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia
seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak
buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-
sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-
apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan
ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak
penting. Pangkat
dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya
malu kerana
orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada
saya. Tapi saya
tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat
tidak kira
siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri
melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa
yang saya tidak
tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya
tidak malu. Saya
bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas
dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana
benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,
bolehlah kita
menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya
itu adalah
kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan
kepada orang
ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan
ini untuk anak
dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya
hanya perkara
yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit
yang akan
melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan
sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya
kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri
masing-masing.
Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan
orang tak tahu.
Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya
Syed Mokhtar sapu
semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan
dalam ekonomi,
siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di
kampung orang
Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah
kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri
kepada saya ia bukan

untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak
tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada
saya tetapi
orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada
RM10 juta atau RM20

juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang
menyebabkan
mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka
lebih takutkan
diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh
membantu
selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak
hutang. Orang berniaga

mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana
hendak meminjam
dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir
bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak
orang mahu senang
tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya
ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu
hal-hal asas.
Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri
manusia akal dan
fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah
padan dengan
badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang
dengan tanggungjawab

(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau
hendak
dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini
tidak ada apa.
Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada
berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya
dapat itu orang lain

boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim
yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat
kekayaan. Saya pun
sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara
tetapi kita tidak
boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung
kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke
Haatyai dan jadi
nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada
kesedaran mahu
mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana
itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk
saya menolong orang

lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki.
Hari ini kita
tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula
dengan cara yang
lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun
seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya
Allah boleh
maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh
tapi kena
cepat-
cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.
Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila
kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang
kena masuk kelab
sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh
turun ke kelab.
Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara
hidup yang
fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya
biasa pakai
Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk
sokong kereta
nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke
mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh
maju. Ini saya
berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh
maju. Kalau
saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat
suatu hari nanti
mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia
tidak boleh
berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh
bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap
dan cara kita
berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa
merupakan kunci
kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam
cara orang Melayu
berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat.
Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak
dangau macam saya
boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang
dari pekan
tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang
perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu
(kereta dan
rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang
kereta besar dan
rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi
bukan itu
matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena
bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam
diri seseorang
walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula
daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan
buat sumbangan
amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru
hendak buat
semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati
dan apa pun
tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah,
dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan
oleh Allah.
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya
bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan

hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira.
Saya tidak boleh
buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit
daripada tidak
buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau
kapal terbang.
Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai
boleh pakai.
Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah
orang ramai
boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang
lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu
bagaimana
perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya
dapat saya
mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri
kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih
daripada ini. Saya
kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita
belum berjalan
lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan

Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang melayu dan islam.

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun
penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah
pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali
hari ini.

InForMasI Ttg TaLi gAntUng....


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.



Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.


Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai
RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan
jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

-- BERNAMA

Saturday, March 21, 2009

Surah Al-Mulk



Kepada sesiapa yang mengikuti laman blog ak nie...Dgrla sekali sekala ayat al-Quran...klo selalu xbley cbe utk sekali...

Nk cari video nie kowg bley tgk kt www.youtubeislam.com...selamat mendengar...

ReNunGan SaMbiL GeLaK...

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

RM1 : Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?

RM50 : Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

RM1 : Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau….

Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid
Or surau, tambah la sikit..sikit lama jd biasa penuhla tabung 2...byk pahala...

PeTikAn DaRi UstAz AkiL HayY RaWa..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat
handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan
sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...
Takbir!!!!!!!
(Allahhuakbar!Allahhuakbar! Allahhuakbar!)

Teka-TekI PecAh UsUs..

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging... erm...

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. hahahaha.. jgn berfikir kuning..

Teka-teki: Antara kapal yang tengah terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah... huwah3.... lawaknyer...!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Takyah tekala bgtao jela jwpnnyer... hehehe..
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!